Harga

Kami mempraktiskan pengiraan kadar harga yang setara untuk setiap produk. Ini bermakna, setiap jenis produk mempunya harga yang sama jika berada dalam kelas berat tertentu yang sama. Walau bagaimana pun, harga masih boleh dibawa berbincang jika pesanan adalah dalam kuantiti yang banyak.

Harga yang ditawarkan tidak mengambil kira kos penghantaran. Kos penghantaran adalah mengikut jenis khidmat penghantaran yang telah dipersetujui oleh kedua-dua pihak.

Untuk makluman semua, perubahan harga kerepek adalah amat sukar untuk dielakkan. Ini dipengaruhi oleh keadaan musim dan juga kesediaan bahan mentah membuat kerepek untuk didapati. Kami menyediakan senarai harga seperti di bawah sebagai rujukan harga pada waktu yang 'normal'.
No Nama Berat Pack Code Harga(RM)
1 Campers 1x500g CP 4.5
2 Family 1x200g FP 2.00
3 Personal 15x50g PPB 15.00

Ingin kami maklumkan di sini bahawa, harga kerepek akan naik (sedikit) terutama sekitar musim perayaan khususnya di ambang AidilFitri dan AidilAdha. Ini adalah kerana pada waktu ini permintaan untuk kerepek meningkat mendadak. Kami sarankan anda membuat pesanan sekurang-kurangnya 3 minggu lebih awal sebelum tarikh mula kedua-dua perayaan utama umat Islam ini. Ini dapat mengelakkan dari pesanan tidak dapat dipenuhi kerana:
1) stok kerepek habis
2) orang mula bercuti - tidak cukup kakitangan
3) pusat pengeposan sebok kerana terlalu banyak barang
4) ada kalanya kami terpaksa "tutup" pemesanan 2 minggu sebelum raya kerana faktor 1-3.

Kami amat mengharapkan agar kita semua dapat berurusan semudah mungkin dan efisien.

Sila rujuk ke online shop kami untuk harga kerepek terkini mengikut kategori yang kami sediakan.

Pemesanan/ Pembelian

Untuk mendapatkan kerepek dari kami, silalah email kepada:
 kibrun@gmail.com atau sms  (zool).
Sila nyatakan:
- jenis kerepek (Pedas Kering, BBQ, Lada HItam, Jejari Asli)
- kod kategori  (seperti dalam jadual di atas)
- kuantiti
- pilihan perkhidmatan penghantaran serta maklumat tambahan yg berkaitan (nama penerima, nombor yang sepatutnya dihubungi dan alamat yang lengkap).

Pesanan hanya akan diproses jika stok bekalan mencukupi dan dihantar setelah "full payment"* dijelaskan melalui bank-in ke akaun Maybank kami: 
562263504709 - Cacaotreats Enterprise (002159817-U).

Sila maklumkan kami setelah membuat pembayaran.
*COD adalah tertakluk kepada budibicara kami.

Deposit 50% diperlukan untuk order melebihi RM199.


Penghantaran

Kawasan Lembah Klang = FREE untuk order lebih RM199; kami akan hantarkan sendiri. Hari penghantaran hanya pada hari Sabtu/ Ahad. Untuk hari-hari lain, caj penghantaran akan dikenakan.

Kawasan Lembah Klang dengan Pesanan RM199 ke bawah akan menggunakan:
- kadar Pos Malaysia/ Pos Laju (pada hari biasa) atau
- kadar tambang kami (jika sempat) dan jumlah pesanan minima = 5kg. Penghantaran hanya pada hari Sabtu/ Ahad.

Kawasan lain = Pos Malaysia/ Pos Laju/ Pos KTMB.

No comments:

Post a Comment