Sunday, April 28, 2013

Off day sebab PRU13

Pemberitahuan awal kepada para pelanggan/ bakal pelanggan.

Kami akan tidak beroperasi dari hari sabtu hingga ahad hujung minggu ini kerana masing2 kene balik mengundi pada PRU13.

Harap maklum.

Saturday, April 6, 2013

Kerepek Ubi Pedas Basah

Permukaan nampak berkilat, warna kemerahan yang menawan. Anda tahu anda mahu sahaja ambil sekeping dan.. NGAP! Bila agaknya kali terakhir anda menikmatinya? Ahh.. kenangan itu selalu sahaja terimbau kembali, bagaikan baru semalam ia berlalu. Tanpa di sedari tangan anda telah pun mengambil satu bungkus untuk diperkenalkan kepada ahli kecil kesayangan keluarga anda yang baru sahaja meneroka alam makanan pedas.

Hati-hati! Ia pasti membakar deria rasa sesiapa sahaja yang memperkecilkan resepi tradisi sejak Zaman Jepun ini. Anda mungkin akan menikmatinya seperti seorang "Bagero" atau mungkin otak anda mengucapkan "BAGERO!" kerana tidak dapat memahami mengapa anda makan kerepek ini - ia bagaikan satu cabaran "Fear Factor".

Friday, March 1, 2013

Kerepek Ubi Bermutu dan Murah

Ramai juga bakal pelanggan kami dan kedai2 consignment yang mengatakan harga kerepek ubi dari kami agak mahal dan tidak setanding dengan apa yang pelanggan dapat. Untuk pengetahuan semua, kami sudah pun membuat survey harga biasa/ yg luar biasa dari semua offer yg ada di pasaran.

Agak terkilan juga bila prospects menyatakan harga kami mahal.. mungkin mereka kurang biasa dengan harga kerepek atau mungkin juga mereka mahu untung lebih sikit dari yang biasa. Apa2 pun, dari perspektif peniaga, kami menentukan harga mengikut kesungguhan kami dalam menghasilkan produk bermutu dan juga "level of acceptance" di market yg sedia ada.

Mari saya tunjukkan perbandingan yang boleh dikategorikan sebagai "extreme". Silalah ambil mana2 harga produk kami dan bandingkan dengan produk kerepek yg berikut:
cnipster cassava
60g cassava RM2.40
mister pot cassava
80g cassava RM2.40
Gambar diambil di dalam salah sebuah pasaraya yg suka "Bandingkan Harga Kami". Produk kerepek tersebut dihasilkan oleh 2 syarikat gergasi/ international penghasil makanan snek.

Dari segi teknik pembungkusan dan penembusan market, sememangnya kami kalah. TETAPI -> Satu produk dari "Tooties" mempunyai berat 60g dan dari "Mister Pot" pula mempunyai berat 80g. Jadi bandingkan saja harga yg kami tawarkan dan bayangkan saja berapa untung yg anda boleh kaut sekiranya anda sebagai peniaga dapat "jack-up" harga jualan sebanding dengan harga kedua2 produk di dalam gambar di atas. Produk kerepek ubi kayu tetap sama.. persepsi orang yg berbeza.

Sekali lagi kami ingin tekankan. Produk kerepek kami sememangnya kerepek asli yang bermutu pada harga borong yang murah.

Friday, January 4, 2013

Kerepek Ubi Jejari Asli

kerepek-ubi-jejari-asli
Kerepek ini berasal daripada kerepek ubi masin yang asli. Ramuan yang digunakan adalah sama seperti yang digunakan untuk menghasilkan kerepek ubi asli. Yang berbeza hanyalah cara ubi ini dipotong. Cara potongan yang memanjang dan halus menyajikan kombinasi rasa dan cara yang berbeza dari kerepek ubi masin asli. Pendedahan luas permukaan yang lebih besar untuk setiap kerepek bila dipotong memanjang memainkan peranan dalam menghasilkan sebatang Kerepek Ubi Jejari Asli yang rangup serta penuh dengan flavor yang unik.

Anda perlu mencubanya untuk menikmati kelainan ini. Rasalah ia sekarang!

Thursday, January 3, 2013

Kerepek Ubi Rasa BBQ

kerepek-ubi-BBQ
Kerepek bercitarasa baru. Hasil dari inovasi usahawan tempatan ini membuka ruang baru dalam industri kerepek negara. Kerepek yang rangup dan rasa barbeque, pasti mengujakan deria rasa anda. Ia amat sesuai untuk disajikan kepada para tamu yang datang berkunjung atau dinikmati bersama teman.

Anda perlu menghadhirkannya pada setiap ketika. Semua menyukainya!

Wednesday, January 2, 2013

Kerepek Ubi Lada HItam

kerepek-ubi-lada-hitam
Kerepek kombinasi yang boleh dikenali terus dari namanya. Kebaikan lada hitam terbukti dari segi saintifik, kebaikannya juga diperakui oleh pengamal perubatan homeopathy dan mistik. Kedua-dua kebaikan boleh anda alami dalam menikmati kerepek ini. Panggillah rakan taulan untuk menikmati kerangupan dan kebaikannya bersama. Tidak perlu dirisaukan apa yang datang; badan penuh angin, otak yang jem, teman yang curang atau prospek jembalang.. pasti terubat dengan Kerepek Ubi Lada Hitam.

Anda perlu mencernakan kebaikan ini. Rasa hangat, pasti terangkat!

Tuesday, January 1, 2013

Kerepek Ubi Pedas Kering

kerepek-ubi-pedas-kering
Kerepek ubi yang dicipta dari kerepek ubi pedas basah yang asli. Nikmatilah keenakan rasa yang pasti akan membawa anda terkenang-kenang zaman kanak-kanak dahulu sewaktu pertama kali merasanya. Kerangupan yang menggegarkan sendi-sendi rahang dan mencabar para gigi untuk meneruskan ke gigitan yang seterusnya.. dan seterusnya hingga tanpa disedari kesemua kepingan kerepek telah pun hilang tenggelam ke dalam lubuk perut anda.

Anda mula mengdambakan kenikmatan Kerepek Ubi Pedas Kering yang anda telah kenali ini. Kelazatan yang asli!