Saturday, April 6, 2013

Kerepek Ubi Pedas Basah

Permukaan nampak berkilat, warna kemerahan yang menawan. Anda tahu anda mahu sahaja ambil sekeping dan.. NGAP! Bila agaknya kali terakhir anda menikmatinya? Ahh.. kenangan itu selalu sahaja terimbau kembali, bagaikan baru semalam ia berlalu. Tanpa di sedari tangan anda telah pun mengambil satu bungkus untuk diperkenalkan kepada ahli kecil kesayangan keluarga anda yang baru sahaja meneroka alam makanan pedas.

Hati-hati! Ia pasti membakar deria rasa sesiapa sahaja yang memperkecilkan resepi tradisi sejak Zaman Jepun ini. Anda mungkin akan menikmatinya seperti seorang "Bagero" atau mungkin otak anda mengucapkan "BAGERO!" kerana tidak dapat memahami mengapa anda makan kerepek ini - ia bagaikan satu cabaran "Fear Factor".

No comments:

Post a Comment