Friday, March 1, 2013

Kerepek Ubi Bermutu dan Murah

Ramai juga bakal pelanggan kami dan kedai2 consignment yang mengatakan harga kerepek ubi dari kami agak mahal dan tidak setanding dengan apa yang pelanggan dapat. Untuk pengetahuan semua, kami sudah pun membuat survey harga biasa/ yg luar biasa dari semua offer yg ada di pasaran.

Agak terkilan juga bila prospects menyatakan harga kami mahal.. mungkin mereka kurang biasa dengan harga kerepek atau mungkin juga mereka mahu untung lebih sikit dari yang biasa. Apa2 pun, dari perspektif peniaga, kami menentukan harga mengikut kesungguhan kami dalam menghasilkan produk bermutu dan juga "level of acceptance" di market yg sedia ada.

Mari saya tunjukkan perbandingan yang boleh dikategorikan sebagai "extreme". Silalah ambil mana2 harga produk kami dan bandingkan dengan produk kerepek yg berikut:
cnipster cassava
60g cassava RM2.40
mister pot cassava
80g cassava RM2.40
Gambar diambil di dalam salah sebuah pasaraya yg suka "Bandingkan Harga Kami". Produk kerepek tersebut dihasilkan oleh 2 syarikat gergasi/ international penghasil makanan snek.

Dari segi teknik pembungkusan dan penembusan market, sememangnya kami kalah. TETAPI -> Satu produk dari "Tooties" mempunyai berat 60g dan dari "Mister Pot" pula mempunyai berat 80g. Jadi bandingkan saja harga yg kami tawarkan dan bayangkan saja berapa untung yg anda boleh kaut sekiranya anda sebagai peniaga dapat "jack-up" harga jualan sebanding dengan harga kedua2 produk di dalam gambar di atas. Produk kerepek ubi kayu tetap sama.. persepsi orang yg berbeza.

Sekali lagi kami ingin tekankan. Produk kerepek kami sememangnya kerepek asli yang bermutu pada harga borong yang murah.

No comments:

Post a Comment